Ahad, 14 November 2010

Coretan Kalam


Sejak sekian lama menyepi, akhirnya tergerak hati ingin mencoret kembali dalam blog ini. Bukan tak nak menulis, takde masa dan idea membuatkan aku rase malas sangat nak mengupdatenya.

Dah masuk semester ke 3 aku di UTHM tercinta ini, wah!! cepat betul rasanya masa berlalu. Pelbagai pahit manis aku dah lalui bersama rakan-rakan yang sentiasa setia
bersama, terima kasih kepada anda basha, pejul, wan, ijat, jahar, emi dan emi, seronok berkawan dengan anda semua, huhuhu

Ha!, yang paling menarik, mula sem ini aku mula mengaktifkan diri dalam aktiviti Universiti, hehehe, ikutkan hati memang tak berminat sangat nak aktif. Semua nya berubah selepas, aku kenal seorang wanita yang kini adalah kakak angkat ku kak Hamidah bte Mohd Saleh. Dia lah yang memberi semangat dan dorongan kepada aku untuk terus bergiat aktif, tq kak, huhuh,



Program pertama yang aku sertai adalah, perhimpunan mahasiswa anak perak, hahaha, lawak pada mulanya sebab aku bukan nya anak perak, tapi bagi nak membantu kakak ku dan teman seorang brother yang keseorangan aku pun sertailah, ha, tak lupa, aku turut mengheret kawan aku yang juga tidak mempunyai darah anak perak iaitu wan, hahaha, tq wan follow aku. Dalam program ini banyak yang aku belajar, aku suka dengan ayat
seorang penceramah tu, "mahasiswa sekarang tidak boleh hanya menerima apa yang diberi, mereka perlu mengkaji dan menyelidik agar pengetahuan dan kemahiran kendiri dapat dipertingkatkan", lebih kurang kot. Dalam program ini juga, kawan aku tu bertambah 'market', hahahah, menjadi igauan wanita-wanita, tidak kira dari U mana pun, hahaha, sampai dalm bas pun siap bagi lagu lagi, hahaha, wan2, bergaya sangat kau....bgus2 tingkatkan kualiti hapuskan gosip, hahahhaa

Yup, program ke 2 aku sertai lebih menarik kerana melibatkan semua kawan-kawan aku yang agak mereng, hahaha, jangan marah ye, korang memang terbaik, program cabaran catur bestari, memang best, pengalaman yang diperoleh, kekalahan yang sempoi, hahaha, tak pe UTHM TECHNO JUNIOR tak akan mengalah uuuuu, babuuuun, ahahahah. Permainan catur bestari ni bukan macam chess, tapi lebih kepada permainan monopoly atau saidina, team aku hanya berlatih seminggu sebelum pertandingan tapi semua dah main macam geragas, sampai leh pikir taktik menipu terbaik, hahahaha. Ha ini pun hasil ajakan kakak aku jugak, tengok mana tak berjasa beliau, hehehehe.

Banyak sebenarnya peristiwa yang berlaku, tapi aku nak tulis yang paling segar dalam ingatan sekarang ni, konvoi ke rumah pengantin baru merupakan juga pensyarah aku sendiri cik eh.... puan shazana binti mad zin, hehehe, slamat pengantin baru, kami doakan bahagia ke anak cucu. Penghargaan juga diberikan kepada Athirah dan Kausar kerana kesudian menumpangkan kami ini, kepada athirah, aku memang bawak kereta perlahan, jadi faham-faham la ye, hahaha, kepada kausar, memang terbaik aku drive sorang korang sume tidur ye, hahaha, kausar aku tak kisah lagi nak tidur die dah berjasa dah, yang bikin aku panas, budak 2 orang kat belakang wah, mimpi indah ye kome, hahahah, pape pun perjalanan yang menarik, menambah skill driver aku, kausar lainkali pinjam kete ek, nak buat drift, hahahah

Dan yang terakhir, hehehe, ni peribadi aku, tak nak cerita kat sini, hanya beberapa orang yang tahu, sila senyapkan mulut anda sebelum digam oleh aku, hehehe,

Sekian jer lah catatan aku, kepala aku sakit nak menulis lama-lama ni, huhuh, TERIMA KASIH SEMUA sebab sudi menjadi sahabat aku, Hanya ALLAH dapat membalas jasa kalian.....







gambar-gambar dekat program mahasiswa perak, huhuhu








gambar-gambar kat cabaran catur bestari, menarik, huhuhhu









Tiada ulasan:

Catat Ulasan