Jumaat, 5 Februari 2010

HARI-HARI BERLALU


Assalamualaikum,
akhirnya diberi kekuatan pada diri ini untuk membuat coretan di sini, alhamdulillah pejam celik sudah masuk 2 bulan kami semua di uthm ini. walaupun baru 2 bulan berlalu berbagai peristiwa telah berlaku, ada yang pahit dan ada yang manis, itulah kehidupan kan.

Ha, pada bulan ini juga uthm mengadakan pilihanraya kampus bagi memilih pucuk pimpinan yang amanah lagi bertanggungjawab, aku sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dengan mengundi, undi siapa, rahsialah, hehehehe. kelas pula, kami baru bertungkus-lumus menjawab test dan quiz untuk math iaitu subjek kesayangan kami semua(hehehe), boleh lah jawab tapi result tak taw lah cmne.

aku da terasa dah kebosanan yang teramat kat rumah ni, nak merayau adoi malas lah pulak, kalau dekat takpelah gak, nak taknak on laptop hadap lah dari pagi sampai malam kalau laptop ni boleh berkata-kata memang kena soud baek punye "udah2 la tu asyik2 mke ko bosan taw x!", hahahah.

aku tak taw lah nak cerita apa kat sini, tengah blur ni pun bru bangun tidur yang nyenyak, hehehe. orang kata persahabatan lagi berharga dari emas, hurmm, lama juga untuk memahmi maksudnya. Sahabat yang sejati mempunyai ciri-ciri berikut:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

bukan senang nak cari sahabt sejati tapi bila sudah berjumpa jagalah persahabatan tersebut. Hargailah sebuah persahabatan. Sekarang mungkin kita tidak merasai kepentingan persahabatan tapi masa yang akan menentukan segalanya,
Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan