Jumaat, 29 Januari 2010

Malam Yang Sepi


Assalamualaikum,

setelah sekian lama tak mengupdate blog ni, hati ini dikuatkan agar dapat menulis apa yang tersimpan sekian lama, heheheh, lawak lak ayat aku ni,
Adoi, minggu yang mnyakitkan, hahahaha, a.k.a malang, nak tahu sebab apa, x perlu lah cerita, hanya mereka yang terlibat sahaja yang tahu peristiwa sebenar, yang berlaku hanya beberapa hari sebelum hari lahir ku, ha! kepada basha, pejul, ijat, sara, nik, senang2 semua lah yang menumpahkan air liur hanya untuk mengucapkan selamat hari lahir, terima kasih banyak2, hanya doa yang dipohn daripada anda semua, diri ni tak terlepas dari melakukan kesalahan. jika ada salah silap tegurlah, tak perlu dipendam2.
apa yang bermain dalam fikiran ini, macam2 ada, keluarga, pelajaran, kekasih(shhhhh, huhuhuh),
tak tahu lah, rasa macam diri ni belum lengkap lagi, mungkin sebab diri ni makin leka dengan buaian dunia, hati yang bertuan kan nafsu, akal yang jauh dari fikir akhirat, ALLAHUAKBAR, lemahnya diri ini.
Kelas dilalui dengan semangat baru, membawa harapan ibu bapa yang menggunung tinggi, INSYAALLAH, semester ini akan ku cuba sebaik nya untuk membuktikan kepada ibu bapa bahawa titik peluh mereka bukan sia-sia.
Ni ada sorg kawan aku hati nya tengah berbunga2, sebab apa itu hanya mereka2 yang berkenaan sahaja yang tahu, hehehehe, tak kisah lah asalkan anda bahagia, kami sebagai kawan hanya mendoakan yang terbaik. AMINNN
rindu kepada keluarga juga telah terubat apabila dapat pulang menemui mereka yang tersayang,
walaupun hanya sekejap cukuplah untuk menempuh minggu2 yang mendatang, melihat gelagat adik beradik yang dari dulu sampai sekarang tak berubah, hehehe, inilah nikmat ALLAh yang amat bermakna bagu diri ku, Ya ALLAH, kau lindungilah mereka, berikan yang terbaik untuk mereka, satukan lah mereka, hanya kepadamu ku memohon, amin ya rabbalalamin,

kata-kata hikmah yang diberi oleh seorang sahabat, renungilah,'
ukirlah sesuatu kebaikan sahabat di atas batu agar kekal selamanyadan ukirlah keburukan sahabat di atas pasir agar ia hilang ditiup angin kemaafan', ringkas tapi mempunayai maksud yang mendalam, sahabat memainkan peranan yang penting dalam hidup kita, sahabat yang baik membawa ke syurga, apabila kita tiada sahabat juga lah yang akan mengangkat jenazah kita, hargai lah sesuatu persahabatan, ia tidak ternilai, bersahabat lah dengan seorang penjual minyak wangi, agar kita terkena tempias yang wangi, jangan lah bersahabat dengan pembuat besi kerana bau besi akan tercalit pada kita, Maksudnya, carilah sahabat yang membawa kepada kebaikan bukan yang membawa kemungkaran, semua nya bergantung kepada diri masing2 untuk menilai, ops, cermin diri dulu barulah boleh menilai seseorang, nilai yang baik guna untuk muhasabah diri, yang buruk dijadikan sempadan, INSYAALLAH,
Sampai sini je la coretan yang mampu di catatkan, moga ALLAH memberi kekuatan untuk terus bermadah disini, ASSALAMUALAIKUM,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan